Wednesday, 12 August 2015
Tangis Sang Pendera
Menangis selagi kau mahu
sirami keladak di kalbu
waktu takkan menunggu
apakah sempat taubatmu
Tidakkah kau rasa berdosa
kala amarahmu menggila
tubuh kecil jadi mangsa
henyakan nan berbisa
Duhai sang pendera
andai masa lalu menghantumu
perlu apa kasari mereka?
untuk apa kau aniaya
anak-anak tak berdosa?
Menangislah sesungguhnya,
biar tersayat pedihnya
menikam kolam jiwa
andai itu mampu
membayar mahalnya nyawa
anak-anak syurga.
RS,
Villa Bonda, SPS
120815
Monday, 10 August 2015
Senipis Kulit Bawang
Kala kalut seorang diri
bertempur api dan kuali
pepatah warisan bonda
melintas mengetuk minda
Indahnya bahasa orang tua kita
halus berseni mengungkap kata
hingga ramuan tradisi pun bisa
mengungkap
perihal iman di dada.
Terbuka mata hati tersenyum
dan disapa angin lalu
kulit bawang terbang melayang
hati pun tertanya-tanya
iman, kau di mana?
RS
Villa Bonda, Tasek Chempedak
Wednesday, 5 August 2015
Kasihani Mereka, Pendera
Kala api membara
gelap pandangan mata
hati jadi mati
nafsu kepala diri
Mereka tiada dosa
anak-anak kerdil
hidup jadi amanah
mati syurga menanti
Sedar-sedarlah
kala ringan tangan
puas melampias tekanan
sungguh tingkahmu sadis
engkau mainan iblis!
Cukup-cukup sudah
kerana api amarah
tega bahagiamu musnah?
RS
Villa Bonda, SPS
gelap pandangan mata
hati jadi mati
nafsu kepala diri
Mereka tiada dosa
anak-anak kerdil
hidup jadi amanah
mati syurga menanti
Sedar-sedarlah
kala ringan tangan
puas melampias tekanan
sungguh tingkahmu sadis
engkau mainan iblis!
Cukup-cukup sudah
kerana api amarah
tega bahagiamu musnah?
RS
Villa Bonda, SPS
Saturday, 1 August 2015
Mutiara Yang Hilang
Mutiara Yang Hilang
Semalam aku di situ
menahan luka hatiku
dalam penjara kalbu
kaku mati jiwaku
Lari aku berlari
tinggal segala mimpi
lama diulit lena
ralit dalam sengsara
Hari ini aku di sini
kembali mencari diri
bertanya kepada hati
di mana segala janji?
Wahai diri teruslah mencari
gilap semula karat yang lama
lenyap segala parut dan dosa
moga nanti kan tenang jiwa
kala terserlah mutiara.
Semalam aku di situ
menahan luka hatiku
dalam penjara kalbu
kaku mati jiwaku
Lari aku berlari
tinggal segala mimpi
lama diulit lena
ralit dalam sengsara
Hari ini aku di sini
kembali mencari diri
bertanya kepada hati
di mana segala janji?
Wahai diri teruslah mencari
gilap semula karat yang lama
lenyap segala parut dan dosa
moga nanti kan tenang jiwa
kala terserlah mutiara.
Subscribe to:
Comments (Atom)